https://www.youtube.com/watch?v=x55dPelytig

Sunday, February 16, 2020

KREATIF DENGAN SOCRATIVE !

Saya percaya bahawa, ramai cikgu di Malaysia telah menggunakan aplikasi Kuiz Online untuk tujuan penilaian formatif pembelajaran seperti Kahoot, Quizizz, Quizlet, Google form, Microsoft Form, Quizalize, Socrative dan sebagainya. Saya juga percaya bahawa kebanyakan kuiz yang dibuat bersifat satu hala sahaja iaitu daripada guru kepada pelajar.
Sebenarnya, kita boleh gunakan aplikasi kuiz online untuk memperkasakan pelajar khususnya dalam Collaboration, Knowledge Construction skills & Communication. Ada 4 contoh latihan mengintegrasikan aplikasi kuiz online di dalam proses pembelajaran.

Saya menggunakan aplikasi Socrative ini di dalam kelas supaya menarik minat pelajar untuk belajar. Pelajar boleh mengakses laman sesawang https://b.socrative.com/login/student/ dan memasukkan kata laluan atau 'room name' untuk menjawab soalan kuiz yang saya sediakan. 

CONTOH LAMAN SOCRATIVE CIKGU FATIN BERSAMA KATA LALUAN



CONTOH RUANGAN PELAJAR UNTUK AKSES SOCRATIVE 

Kita juga boleh mendapatkan rekod dan data yang kita perlukan untuk menilai jawapan pelajar-pelajar kita. Melalui rekod tersebut, kita boleh terus menyemak jawapan pelajar dan meminta pelajar untuk mengulangkaji pelajaran dan berhati-hati ketika menjawab. 

Pelajar juga tidak akan berasa bosan dengan kaedah yang sama sahaja setiap hari malah pelajar akan lebih berminat dan sentiasa aktif untuk di dalam sesi pembelajaran akan datang. 

SELAMAT DATANG KE LAMAN PADLET BAHASA MELAYU TINGKATAN 1 ZAMRUD

Penggunaan aplikasi Padlet dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan satu alternatif  dalam meningkatkan pencapaian dan prestasi pelajar. Sebelum ini, teknologi Web 1.0 iaitu World Wide Web telah mendahului fasa perkembangan teknologi kemudian diikuti dengan fasa kedua iaitu kemunculan teknologi Web 2.0 yang lebih dikenali sebagai social web. 

Menurut Saidin (2011) perbezaan utama antara Web 1.0 dengan Web 2.0 adalah dari segi penglibatan pengguna yang lebih besar dalam membina dan menguruskan isi kandungan yang mana Web 2.0 menukar sifat dan nilai sesuatu maklumat. Teknologi Web 2.0 telah mencetuskan satu fenomena baru dalam dunia komunikasi dan interaksi global. Penggunaan Web 2.0 dalam dunia pendidikan seantero dunia semakin berkembang dengan kepelbagaian aplikasi Web 2.0 yang disediakan sebagai medium penyampaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 

Contoh aplikasi Web 2.0 adalah seperti Wiki, Blog. Facebook, Prezi, Powtoon, Padlet dan sebagainya. Menurut Baharudin dan Badusah (2016) Web 2.0 yang digunakan dalam pendidikan mempunyai potensi yang besar untuk menyokong dan meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran serta membolehkan sesuatu pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dengan baik dan lancar. Penggunaan secara meluas sistem pembelajaran interaktif berasaskan web dapat dilihat dan digunakan di pelbagai institusi pendidikan tidak kira sama ada di sekolah atau pusat pengajian tinggi awam dan swasta. 


CONTOH PADLET KELAS TINGKATAN 1 ZAMRUD CIKGU FATIN 


Sebagai guru, saya juga tidak mahu melepaskan peluang untuk berkongsi dengan pelajar-pelajar tentang penggunaan PADLET dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Perkara utama yang saya minta supaya pelajar mempunyai e-mel masing-masing dan daftar masuk ke laman PADLET. Saya akan menjemput mereka ke laman Padlet kelas dan mereka boleh berkongsi dan mendapatkan pelbagai info untuk dikongsikan di dalam ruangan padlet kelas. Pelajar boleh mengakses Padlet yang saya sediakan di laman sesawang berikut : 

https://padlet.com/fatintengku89/a0n8kprogwgf



Saturday, February 8, 2020

PENGAJARAN BAHASA MELAYU MELALUI APLIKASI 'GOOGLE CLASSROOM'

Perkembangan pesat teknologi pada masa kini telah memberi perubahan terhadap sistem pengajaran terutama dalam memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Kemajuan dalam aplikasi teknologi seperti google apps telah banyak memberi impak positif dalam bidang pengajaran yang dijadikan medium dalam menyampaikan maklumat. Kaedah penggunaan google classroom menjadikan pembelajaran lebih produktif, kolaboratif, dan bermakna


Google bekerjasama dengan para pengajar di seluruh negeri untuk menciptakan Classroom : sebuah fitur yang efisien, mudah digunakan, dan membantu pengajar dalam mengelola tugas. Dengan Classroom, pengajar dapat membuat kelas, mendistribusikan tugas, memberi nilai, mengirim masukan, dan melihat semuanya di satu tempat. 

Sebagai mengambil inisiatif mendedahkan pelajar dengan kemudahan google classroom dalam subjek Bahasa Melayu, saya berbesar hati untuk berkongsi dan mengajar pelajar-pelajar menggunakan google classroom terutama untuk kerja rumah mereka. Mereka tidak perlu membazir masa dan kertas untuk menyiapkan kerja sekolah mereka malah kerja sekolah yang diberikan hanya perlu disiapkan di dalam ruang yang disediakan dan pelajar hanya perlu menekan butang hantar. 

Contoh Penggunaan Google Classroom Melibatkan Kelas Cikgu Fatin