Saya percaya bahawa, ramai cikgu di Malaysia telah menggunakan aplikasi Kuiz Online untuk tujuan penilaian formatif pembelajaran seperti Kahoot, Quizizz, Quizlet, Google form, Microsoft Form, Quizalize, Socrative dan sebagainya. Saya juga percaya bahawa kebanyakan kuiz yang dibuat bersifat satu hala sahaja iaitu daripada guru kepada pelajar.
Sebenarnya, kita boleh gunakan aplikasi kuiz online untuk memperkasakan pelajar khususnya dalam Collaboration, Knowledge Construction skills & Communication. Ada 4 contoh latihan mengintegrasikan aplikasi kuiz online di dalam proses pembelajaran.
Saya menggunakan aplikasi Socrative ini di dalam kelas supaya menarik minat pelajar untuk belajar. Pelajar boleh mengakses laman sesawang https://b.socrative.com/login/student/ dan memasukkan kata laluan atau 'room name' untuk menjawab soalan kuiz yang saya sediakan.
CONTOH LAMAN SOCRATIVE CIKGU FATIN BERSAMA KATA LALUAN CONTOH RUANGAN PELAJAR UNTUK AKSES SOCRATIVE |
Kita juga boleh mendapatkan rekod dan data yang kita perlukan untuk menilai jawapan pelajar-pelajar kita. Melalui rekod tersebut, kita boleh terus menyemak jawapan pelajar dan meminta pelajar untuk mengulangkaji pelajaran dan berhati-hati ketika menjawab.
Pelajar juga tidak akan berasa bosan dengan kaedah yang sama sahaja setiap hari malah pelajar akan lebih berminat dan sentiasa aktif untuk di dalam sesi pembelajaran akan datang.

Perkongsian yang menarik Cikgu Fatin.. Teruskan demi mendidik anak bangsa.
ReplyDelete