Penggunaan aplikasi Padlet dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan satu
alternatif dalam meningkatkan pencapaian dan prestasi pelajar. Sebelum ini,
teknologi Web 1.0 iaitu World Wide Web telah mendahului fasa perkembangan
teknologi kemudian diikuti dengan fasa kedua iaitu kemunculan teknologi Web 2.0 yang
lebih dikenali sebagai social web.
Menurut Saidin (2011) perbezaan utama antara Web
1.0 dengan Web 2.0 adalah dari segi penglibatan pengguna yang lebih besar dalam
membina dan menguruskan isi kandungan yang mana Web 2.0 menukar sifat dan nilai
sesuatu maklumat.
Teknologi Web 2.0 telah mencetuskan satu fenomena baru dalam dunia
komunikasi dan interaksi global. Penggunaan Web 2.0 dalam dunia pendidikan seantero
dunia semakin berkembang dengan kepelbagaian aplikasi Web 2.0 yang disediakan
sebagai medium penyampaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Contoh
aplikasi Web 2.0 adalah seperti Wiki, Blog. Facebook, Prezi, Powtoon, Padlet dan
sebagainya. Menurut Baharudin dan Badusah (2016) Web 2.0 yang digunakan dalam
pendidikan mempunyai potensi yang besar untuk menyokong dan meningkatkan mutu
pengajaran dan pembelajaran serta membolehkan sesuatu pengajaran dan pembelajaran
dilaksanakan dengan baik dan lancar. Penggunaan secara meluas sistem pembelajaran
interaktif berasaskan web dapat dilihat dan digunakan di pelbagai institusi pendidikan
tidak kira sama ada di sekolah atau pusat pengajian tinggi awam dan swasta.
CONTOH PADLET KELAS TINGKATAN 1 ZAMRUD CIKGU FATIN
Sebagai guru, saya juga tidak mahu melepaskan peluang untuk berkongsi dengan pelajar-pelajar tentang penggunaan PADLET dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Perkara utama yang saya minta supaya pelajar mempunyai e-mel masing-masing dan daftar masuk ke laman PADLET. Saya akan menjemput mereka ke laman Padlet kelas dan mereka boleh berkongsi dan mendapatkan pelbagai info untuk dikongsikan di dalam ruangan padlet kelas. Pelajar boleh mengakses Padlet yang saya sediakan di laman sesawang berikut :
https://padlet.com/fatintengku89/a0n8kprogwgf
BAIK
ReplyDelete